fbpx
Aktiviti Al FatehCara Berniaga Dari Rumah

5 Cara Buat Jualan di Facebook yang Tidak Didedahkan oleh Guru Pemasaran

By October 3, 2018 May 8th, 2019 No Comments

Semakin ramai yang menceburi bisnes online dan ini ialah petanda yang positif untuk ekonomi negara. Ramai juga guru , sifu ,atau coach yang muncul untuk sharing dan mengajarkan orang ramai tentang bisnes internet. Ini juga menunjukkan tanda yang positif , semakin ramai guru dan anak murid yang telah berjaya dan menunjukkan testimoni result kejayaan masing-masing. Lantaran itu anda juga patut upgrade ilmu sedia ada demi memajukan bisnes online anda sendiri.

Segala teknik , taktik dan strategi telah didedahkan oleh guru pemasaran. Anda hanya perlu cari guru yang sesuai dan pilih skill yang anda minat untuk dipelajari. Namun , tidak semua taktik dan strategi dikongsi oleh guru pemasaran. Anda nak tahu? Teruskan baca artikel ini sampai habis ya…

Dalam post ini anda akan ketahui 5 cara buat jualan di Facebook yang tidak didedahkan oleh guru pemasaran. Pastikan anda baca , faham dan amalkan untuk memajukan bisnes online anda sekarang.

Masalah-masalah Biasa Usahawan Yang Baru Nak Bermula

Masalah biasa bagi yang nak bermula ialah terlalu ghairah untuk belajar semua perkara. Segala lapis ilmu dalam online business ingin dipelajari. Ia nampak positif , tetapi bila individu telah terdedah dengan terlalu banyak ilmu akan terjadilah sindrom “overload information” . Terlalu banyak info hingga tidak mula mula lagi untuk melaksanakan kempen pemasaran yang baru.

Jadi sangat penting untuk anda fokus dalam satu-satu segmen dahulu sebelum beralih untuk menguasai segmen yang lain. Sebagai contoh, kami akan share teknik jualan di Facebook. Anda kuasa teknik jualan di FB dahulu sebelum beralih ke instagram , google ads atau platform yang lain.

5 Cara Efektif Buat Jualan Yang Anda Boleh Terus Ikut

1) Waktu Prospek Selalu Online

Cara terbaik untuk post soft selling atau post jualan anda ialah ketika prospek paling ramai online ketika itu. Anda boleh mengagak mereka online pada 6-7pagi , 12-2petang , 7-9malam tetapi untuk mendapatkan result yang tepat, anda boleh lihat sendiri di insight facebook page masing-masing.

Cara untuk lihat insight facebook page di atas ialah :

buka facebook page > pilih menu “insights” > pilih “post”

Maka akan terpapar seperti gambar rajah di atas. Ini ialah contoh insights dari page kami. Data menunjukkan pengguna paling ramai online pada 6-7pagi , 12-2petang dan 7-9malam. Jadi waktu inilah yang perlu anda gunakan untuk post content atau ayat jualan anda.

Sekiranya anda tidak cukup masa ,anda boleh schedule post dan hanya set sekali sahaja. ūüôā

2) Jurus Buluh Perindu

Jualan penting, tetapi ‘awareness’ lebih penting daripada jualan. Tanpa ‘awareness’ agak mustahil jualan berlaku dengan mudah. Oleh itu, strategi Jurus Buluh Perindu adalah teknik yang diperkenalkan kami. Ia adalah strategi posting nisbha 5 : 1. Iaitu 5 post berbentuk ‘sharing’ + 1 post berbentuk menjual.

Natijahnya dengan kaedah memberi dahulu, ‘awareness’ akan terhasil dan akhirnya jualan berlaku .Jualan berlaku setelah adanya ‘awareness’ dan ‘trust’. Tanya diri kita semula, kita lebih suka membeli dari orang yang kita percaya dan orang yang pakar dalam bidang itu kan?

3) Teknik Hipnosis Jualan

Teknik ini ialah menjual tanpa nampak seperti menjual. Sebagai contoh , anda menulis artikel tentang keibubapaan (parenting) dan dalam pada masa yang sama, anda selit gambar produk di dalam artikel tersebut. Ibu bapa yang pada asalnya membaca tips parenting untuk menambah pengetahuan , akhirnya mula sedar akan kewujudan produk dan mula tertanya-tanya bagaimana cara untuk mendapatkannya

Hasil Hipnosis Jualan , Produk senang terjual

“…Alhamdulillah sejak join alfateh ni, dah tak risau lagi pasal pendapatan bulanan… sambil uruskan anak kesekolah duit masuk, tak perlu pening kepala fikir sapa nak uruskan anak.. sambil2 ja

Sejak diberi peluang join bisnes ni… produk senang jual, sambil tambah pendapatan dapat beri manfaat untuk anak, diri sendiri dan orang lain..
senang kata memang sangat beruntung…”

4) Lubuk Duit Facebook

Ini teknik yang sangat simple tapi powerful. Mula-mula anda banyakkan¬† tulis konten seperti tips-tips di wall personal FB atau FB Group komuniti atau di FB Group yang berkaitan dengan niche anda. Dalam “call to action” di akhir artikel anda , anda ajak pembaca setia anda ke grup FB khas yang anda janjikan untuk berikan tips-tips yang lebih advance.

Di grup FB anda sendiri , anda mula berikan tips tips advance seperti yang dijanjikan. Gunakan juga jurus buluh perindu ( 5 posting tips + 1 post menjual) . Followers atau pembaca setia anda yang sudah ada kepercayaan kepada anda, dan lebih memudahkan untuk anda buat jualan.

Teknik ini juga anda boleh kembangkan di grup Whatsapp  dan juga grup Telegram.

5) Robot FB & Whatsapp

Cuba anda bayangkan , anda buat post di facebook page, ada orang komen dan ada robot yang reply dan inbox di prospek anda. Semuanya secara automatik. Di whatsapp dan FB messenger juga , anda boleh install robot untuk chat dengan prospek anda dan close sale semuanya secara automatik. Modul ini ada kami kongsikan kepada stokis dan ejen Al Fateh.

Robot ini benar-benar memudahkan kerja online anda dan anda tak perlu terlewat reply komen prospek , hanya serahkan kepada robot yang bekerja 24 jam sehari tanpa rasa penat.

Dalam post ini anda telah belajar 5 cara buat jualan di Facebook yang tidak didedahkan oleh guru pemasaran. Sangat penting untuk anda catit dan amalkan segala yang disampaikan. Jika ada soalan, anda boleh tanya di page kami Al Fateh Junior HQ.

Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca artikel kami. Jangan lupa untuk share post ini supaya dapat memberi penyelesaian kepada orang lain yang mengalami masalah sama. Jika anda belum like page Al Fateh Junior HQ, mohon like supaya tidak ketinggalan info-info update dari kami.

Leave a Reply