fbpx
Aktiviti Al FatehCara Berniaga Dari Rumah

5 Perkara Perlu Elak Dalam Bisnes Online

By October 2, 2018 May 8th, 2019 No Comments

Dewasa ini , ramai yang sudah memulakan bisnes online. Pelbagai platform telah dibina seperti bisnes di Facebook , instagram ,website , blog , marketplace seperti mudah.my . shopee , 11th street dan Lazada. Semuanya di hujung jari dan sesiapa sahaja boleh memulakan bisnes sendiri.

Ramai yang sudah memulakan bisnes online secara part time kerana masih bekerja makan gaji tetapi mendapat hasil yang lumayan melebihi kerja makan gaji itu sendiri. Lantaran itu , ramai orang baru terutama surirumah dan kerja makan gaji tertarik untuk mula berbisnes online untuk menambahkan lagi pendapatan dan mahu keluar dari kesempitan hidup.

Namun, walaupun bisnes online adalah mudah untuk bermula, modal permulaan yang sangat rendah dan boleh dilakukan secara sambilan sahaja, tetapi banyak halangan dan dugaan bakal berlaku bagi yang baru bermula. Seperti kesukaran mencari produk yang benar-benar laris di pasaran , sukar mencari cara pemasaran paling berkesan dan sukar untuk close sale.

Dalam post ini anda akan ketahui 5 perkara yang perlu dielakkan dalam bisnes online agar anda yang baru menceburi dapat mengelakkan dari melanggar dinding dan hanya buat perkara yang penting sahaja untuk memajukan bisnes online.

Punca-Punca Gagal Buat Bisnes Online

Kadang-kala kelebihan itu juga adalah kekurangan. Percaya atau tidak?

Saya beri contoh , kos memulakan bisnes online sangat rendah , dalam RM500 atau kurang dari itu. Kos permulaan bisnes online jauh lebih rendah dari bisnes offline yang perlu buka kedai fizikal.

Peniaga baru cenderung untuk lompat-lompat bisnes yang menyebabkan mereka kurang fokus dan apa yang dibuat tidak menjadi. Untuk mengelakkan kegagalan dalam bisnes online anda perlu baca perkara yang perlu dielakkan dalam bisnes.

Perkara Perlu Elak Dalam Bisnes Online

1) Tidak Upgrade Ilmu

Ilmu sangat penting dalam apa sahaja perkara dalam kehidupan ini termasuklah dalam hal bisnes. Usahawan perlu sentiasa upgrade ilmu strategi dan teknikal agar tidak ketinggalan dengan pesaing. Dunia teknologi bergerak pantas , usahawan perlu cepat kejar dan upgrade ilmu tetapi jangan sesekali lupakan ilmu asas dalam bisnes.

Ilmu asas bisnes ialah kenal pelanggan , beri apa yang pelanggan mahu dan akhir sekali jual apa yang mereka nak. Kuasai ilmu dan amalkannya.

2) Tidak Buat Bisnes Secara Berkumpulan

Berjemaah lebih baik dari bersendirian. Begitu juga dalam dunia bisnes , bisnes dengan berjemaah akan menerapkan sifat tolong-menolong , bertukar idea dan pendapat, saling bersaing sesama sendiri untuk kejar reward dan menolong sesama ahli jika ada yang ‘down’.

Konsep berkongsi rezeki juga boleh diamalkan jika buat bisnes secara berjemaah. Sebagai contoh , A dapat close sale 1 orang pelanggan di Selayang dan A sudah kehabisan stok produk dan A duduk jauh dari Selayang , A kemudian menghubungi rakan seperjuangan bisnes, B, yang duduk di Selayang dan mempunyai stok dan A memberikan pelanggannya kepada B.

InsyaAllah di lain masa , B atau orang lain akan memberikan pelanggan secara percuma kepada A.

3) Tidak Ada Dalaman Yang Kuat

Bukan semua orang sesuai untuk berbisnes. Usahawan ialah individu yang paling banyak mendapat tekanan. Contohnya seperti tekanan nak kejar target sales , masalah dengan supplier , masalah dengan pelanggan , masalah dengan pekerja dan masalah dengan operasi. Jika anda tidak mempunyai dalaman yang kuat, keinginan yang berjaya yang kuat, Big Why yang kuat , lupakan sahaja untuk bisnes dan kembalilah kerjalah makan gaji.

Dalaman yang kuat , menjadikan seseorang bersyukur

“…Alhamdulillah.. Saya NorAyu Rahim Agent Alfateh dari Pontian Johor.. Ingin meluahkan rasa bersyukur yang amat sangat setelah bersama Alfateh ini.

Banyak yang dapat saya perolehi sejak bersama Alfateh walaupun baru 10 bulan bersama.. Dapat ilmu, dapat ramai kawan, dapat wang berganda hasil jualan Alfateh dan yang paling best dapat rewards dari leader kesayangan…”

4) Tidak Menggunakan Duit Modal

Setiap bisnes perlukan modal dan perkara paling penting untuk usahawan yang baru bermula ialah jaga aliran tunai. Jangan gunakan duit modal pusingan untuk hal peribadi. Tetapkan gaji sendiri walaupun bisnes itu anda yang punya. Asingkan wang syarikat dan wang sendiri. Jangan curi duit syarikat. Jika anda buat semua perkara di atas , Insyallah bisnes akan semakin berkembang.

5) Tidak Gunakan Tool Marketing

Dunia online bisnes mendedahkan anda kepada pelbagai teknologi yang memudahkan dan melicinkan urusan bisnes. Ini ialah kelebihan bisnes online yang tidak ada pada bisnes offline. Sebagai contoh , anda boleh capai seberapa ramai orang seluruh Malaysia atau seluruh dunia untuk lihat iklan dan lawat website anda. Website anda terbuka 24 jam berbanding kedai fizikal yang buka 8-10 jam (melainkan anda buka kedai  7-11

Contoh lain , jika anda membuat posting promosi di facebook , terdapat satu software yang boleh post ke grup-grup Facebook secara automatik tanpa perlu bersusah payah posting ayat iklan secara manual.

Jadi sangat-sangatlah rugi untuk usahawan yang tidak gunakan tool marketing dalam bisnes mereka.

Dalam post ini anda telah belajar 5 perkara perlu dielakkan dalam bisnes online. Pengalaman kami dalam 10 tahun bisnes online adalah sangat berguna dan apa yang anda perlu lakukan ialah ikut langkah mereka yang berpengalaman dalam bidang tersebut. Semoga terus sukses.

Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca artikel kami. Jangan lupa untuk share post ini supaya dapat memberi penyelesaian kepada orang lain yang mengalami masalah sama. Jika anda belum like page Al Fateh Junior HQ, mohon like supaya tidak ketinggalan info-info update dari kami.

Leave a Reply