fbpx
Cara Berniaga Dari Rumah

5 Strategi Mudah Buat Ayat Copywriting Yang Simple Tapi Power

By October 3, 2018 May 8th, 2019 No Comments

Dunia online marketing tidak akan lari dari copywriting atau surat jualan. Jika anda berniaga secara offline, anda perlu bercakap untuk menerangkan tentang produk anda.

Surat jualan atau copywriting adalah wakil kepada anda untuk menerangkan kelebihan produk kepada prospek. Copywriting perlu dirancang dan ditulis dengan bahasa yang mudah supaya mesej sampai kepada prospek. Copywriting akan menjadi mesin jualan anda yang mendatangkan keuntungan lumayan dalam bisnes online.

Namun, bagi orang baru , tidak mudah untuk tulis sendiri surat jualan. Ia nampak mudah tapi sebenarnya susah, kebanyakan orang baru akan cenderung untuk buat ayat jualan yang terlalu hard sell , terlalu mendesak untuk menjual . Kesannya prospek lari dan tidak baca langsung apa yang ditawarkan di surat jualan.

Dalam post ini anda akan ketahui 5 strategi mudah buat ayat copywriting yang simple tapi power. Anda boleh tiru strategi ini dan amalkan ketika menulis ayat copywriting.

Strategi Simple Tapi Power Copywriting

1) Headline Menarik Perhatian Spesifik Selesaikan Masalah

Secara asasnya , copywriting terdiri dari headline , body , testimoni , nilai dan manfaat produk, tawaran dan call to action . Bahagian paling penting semestinya headline. Pernah baca Harian Metro? Harian Metro terkenal dengan headline muka hadapan yang memukau. Anda boleh belajar dari Harian Metro , belajar dari iklan di fb , suratkhabar dan billboard. Dengan membaca banyak headline , anda akan dapat belajar cara membuat headline yang menarik perhatian prospek. Contohnya ,

“DULU KAWAN EJEK SAYA KATAK PURU. LEPAS PAKAI XYZ, RAMAI PULA AJAK SAYA KAHWIN.”

“INI RAHSIA CIK SYIDAH BERSIAP DALAM 5 MINIT DENGAN XXXX.”

2) Testimoni

Cara paling mudah nak menambah kepercayaan prospek ialah dengan menggunakan testimoni. Kata-kata orang ketiga lebih dipercayai oleh prospek . Jika anda belum ada testimoni , jangan mereka reka testimoni . Jual dahulu , dan followup untuk daaptkan testimoni. Produk yang sudah banyak testimoni positif , lebih mudah untuk dijual. Anda boleh mendapatkan testimoni melalui mesej di whatsapp , call dan testimoni dalam video.

Kesannya , jualan terjadi dengan lebih mudah sebab prospek lebih percaya kata-kata orang ke ketiga.

Contoh testimoni teks + gambar

“…Alhamdulillah terima kasih Ya Allah mempertemukan saya dgn bisnes alfateh ni.

Sy sgt teruja dan bersyukur kerana dpt join Teampirana. Leadernya Norhayati Yahya yg sgt komited utk membantu agen2 utk buat sale dan guide utk mencari dropship. Sy seorang guru tabika yg ingin mencari pendapatan tambahan untuk membantu suami untuk meningkat ekonomi keluarga dan ingin memberi manfaat kpd insan lain dgn menyebarkan gula2 ajaib yg berkhasiat dan sedap ini…”

3) Tonjolkan Manfaat Produk (FAB)

FAB ialah features , advantages dan benefit. Untuk mudah faham , features menerangkan tentang ciri luaran produk dan benefit menerangkan tentang manfaat produk. Contoh ciri dan manfaat produk pastil minda Al Fateh.

Ciri-ciri :

1) Tidak melekit

2) Rasa manis tetapi terlalu manis

Manfaat :

1) Anak lebih mudah bangun pagi

2) Anak tidak letih di sekolah.

Dengan menggunakan elemen di atas , lebih mudah untuk anda menerangkan tentang ciri-ciri dan manfaat produk.

4) Tawaran Meleleh

Kemuncak ayat jualan ialah tawaran meleleh atau ‘irresistible offer’ . Anda akan tawarkan sesuatu yang susah hendak ditolak oleh prospek anda. Beri sebab kenapa mereka perlu membeli.

Letakkan juga elemen ‘urgency’ dalam tawaran anda supaya prospek cepat membuat keputusan dan melakukan pembelian sekarang.

Tawaran baik ialah kalau beli tak rugi.

Tawaran meleleh ialah kalau pelanggan tak beli dialah yang rugi.  Beri sebab yang kuat kepada pelanggan, kalau mereka tak beli, mereka RUGI! Dan, buat mereka merasa nak beli cepat, sekarang juga!!

5) CTA Jelas

CTA atau Call to action ialah arahan di akhir surat jualan untuk menggalakkan prospek membuat keputusan. CTA sangat penting kerana manusia secara psikologinya manusia akan bertindak apabila diberi arahan yang jelas .Satu atau dua CTA sudah mencukupi , jangan lebih dari dua CTA supaya prospek tidak keliru untuk bertindak kerana terlampau banyak arahan . Sebagai contoh , “Sila tinggalkan no dan tekan send message sekarang.”

Sekiranya tidak meletakkan CTA ,dikhuatiri prospek tidak tahu apa perlu dibuat dan meninggalkan website/fb post tanpa melakukan sebarang pembelian.

Dalam post ini anda telah belajar 5 strategi mudah untuk menulis ayat copywriting yang anda boleh ikut sekarang juga. Copywriting yang baik akan menarik prosek yang tepat dan seterusnya memudahkan jualan.

Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca artikel kami. Jangan lupa untuk share post ini supaya dapat memberi penyelesaian kepada orang lain yang mengalami masalah sama. Jika anda belum like page Al Fateh Junior HQ, mohon like supaya tidak ketinggalan info-info update dari kami.

Leave a Reply