fbpx
Aktiviti Al FatehCara Berniaga Dari Rumah

7 Cara Kumpul Modal Bagi Yang Baru Nak Memulakan Bisnes

By September 25, 2018 May 8th, 2019 No Comments

Berbisnes memang menyeronokkan. Kita akan lihat ramai orang yang berjaya dalam bisnes dapat capai apa yang mereka impikan. Memiliki rumah mewah , kereta besar , wang simpanan bertambah , dapat bawa ibu dan ayah pergi umrah dan dapat bantu ramai orang yang susah. Dengan melihat kepada hasil bisnes begini , kita memasang impian untuk turut terjun dalam dunia bisnes demi mengubah nasib hidup.

Tetapi bagi yang baru nak bermula, pelbagai perkara menjadi halangan untuk memulakan bisnes. Antara masalah utama kebanyakan orang ialah modal. Dengan ketiadaan modal , ramai yang terbantut niat untuk memulakan bisnes dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Nasib keluarga dan diri tidak dapat dibela.

Dalam artikel ini saya akan kongsikan 7 cara kumpul modal bagi yang baru nak memulakan bisnes.

Kesilapan Dalam Memulakan Bisnes

Biasanya, ramai yang percaya bahawa nak mula buat apapun, sekecil manapun, apa saja jenis perniagaan pun, perlu ada modal.

Atas sebab itulah, maka ramai yang berikan alasan tak ada duit modal, menyebabkan sampai sekarang tak mula lagi untuk berbisnes.

Memang betul, nak buat apapun perlu ada duit. Tapi ada satu perkara yang ramai orang silap atau terlepas pandang.

Duit memang penting. Tapi tidak semestinya perlu duit dari poket anda sendiri. Kita boleh mulakan dengan apa yang ada pada diri kita untuk mulakan bisnes.

Perkara penting yang anda perlu buat untuk mulakan bisnes ialah jangan buat pinjaman. Pinjaman bank berguna bila bisnes sudah berjalan dan on-track untuk kembangkan lagi bisnes.

7 Cara Efektif Kumpul Modal Bagi Yang Baru Nak Bermula

1) Simpan 10% Dari Gaji

Cara paling mudah tanpa perlu meminjam ialah dengan menggunakan duit simpanan sendiri. Kita perlu disiplin untuk simpan 10% dari gaji bulanan untuk modal bisnes . Lebih banyak lebih bagus.

2) Buat Part Time

Ini cara yang paling mudah dan selamat untuk mula jalankan perniagaan dalam keadaan tak ada duit.

Anda tak perlu berhenti kerja dan berikan tumpuan penuh untuk perniagaan yang nak dijalankan. Buat saja terlebih dahulu secara part-time.

Anda juga tak perlu buat pinjaman yang banyak dan kemudiannya tertekan untuk mendapatkan pulangan secepat mungkin bagi membayar semula hutang yang dah dihimpun.

Dalam zaman komunikasi serba canggih ini, kemudahan untuk mulakan perniagaan tanpa perlu berhenti kerja adalah sesuatu yang boleh dan mudah dilaksanakan.

Asalkan anda boleh bahagikan masa dan tidak lari dari tanggung jawab yang diberikan dalam kerja makan gaji, tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

3) Tawarkan Servis

Buat bisnes jenis perkhidmatan atau servis yang tidak memerlukan modal yang besar. Gunakan kemahiran anda untuk bantu orang lain. Contoh bisnes servis seperti menjahit, potong rumput, tulis artikel , membaiki alat elektrik di rumah dan sebagainya.

4) Buat Bisnes Dropship

Tidak ada modal yang besar diperlukan untuk bermula malah hampir 100% percuma tanpa modal. Anda boleh jual di pasaran online mahupun offline. Pilih produk yang mempunyai permintaan yang tinggi dan senang repeat order seperti gula-gula minda Al-Fateh. Hanya promosikan sahaja dan selebihnya syarikat HQ akan uruskan.

Hasil Luar Biasa Bila Berbisnes

“…Satu perasaan yg luar biasa. Semangat luar biasa.

Hasil juga luar biasa.

Selain income yang saya perolehi, Allah kurniakan satu pasukan yang sangat power, Saling Bantu membantu…sampaikan Kita tak Rasa Kita seorang diri terkontang kanting.

Juga bantuan penuh dari leader Mak pirana Yang Sangat komited…” – Nur Hanani Abu Bakar

5) Jual Barangan Terpakai

Cuba lihat sekeliling rumah barang-barang yang masih boleh digunakan tapi anda dah tak perlu. Kumpulkan semua brang tersebut.

Pergi lihat juga jenis barang-barang yang sama di rumah ibu bapa, rumah saudara dan kalau anda memang baik dengan para jiran, lihat juga di rumah mereka.

Atau anda boleh war-warkan pada semua kawan, jiran dan satu kampung anda sanggup pergi kutip semua barangan yang mereka tak perlukan dan nak buang.

Ambil kesemua barang tersebut dan mula cari pelanggan yang sanggup membelinya. Untuk pastikan lepas ini orang akan cari anda setiap kali ada barang yang nak dibuang, berikan sedikit ganjaran pada pemilik asalnya setelah barangnya berjaya dijual.

6) Amalkan Tabung Warna

Ini adalah kaedah simpan duit yang menyeronokkan . Sediakan tabung khas , satu untuk tabung duit oren (RM20) satu lagi untuk tabung duit hijau (RM5).

Setiap kali ada duit itu di tangan anda , cepat-cepat masukkan ke dalam tabung. Biarkan selama setahun dan anda lihat sendiri berapa jumlah yang dah terkumpul.

Jika anda baru bermula , mulakan simpan dahulu not RM5.

7) Minta Hutang

Anda mungkin pernah memberi hutang kepada kawan atau saudara mara. Gunakan cara ini untuk cukupkan modal perniagaan anda.

Dalam post ini anda telah belajar cara mudah kumpul modal untuk mulakan bisnes. Selama ini , buntu untuk cari di mana punca modal untuk memulakan bisnes. Insyaallah dengan amalkan 7 langkah ini , anda boleh memulakan bisnes anda tanpa perlu berhutang dengan orang lain atau buat pinjaman dengan bank.

Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca artikel kami. Jangan lupa untuk share post ini supaya dapat memberi penyelesaian kepada orang lain yang mengalami masalah sama. Jika anda belum like page Al Fateh Junior HQ, mohon like supaya tidak ketinggalan info-info update dari kami.

Leave a Reply