fbpx
Aktiviti Al FatehCara Berniaga Dari Rumah

7 Sebab Al Fateh Dapat Melahirkan Usahawan-Usahawan Yang Berpendapatan 5 Angka Sebulan

By October 2, 2018 May 8th, 2019 No Comments
Jad Stokis Al Fateh Junior
Jad Stokis Al Fateh Junior

Bayangkan jika setiap hari 100 ke 200 parcel dapat dihantar kepada pelanggan. Ini menunjukkan jualan masuk setiap hari dalam kuantiti yang sangat banyak. In shaa Allah jika berterusan selama setahun, memang boleh hit 1 juta sales pertama !  Namun, jadi pengedar tanpa adanya bekalan ilmu, sudah tentu jalannya agak sukar.

Ramai yang akhirnya terpaksa simpan produk di bawah katil tanpa ada sebarang jualan ! Ini mengakibatkan kerugian masa, wang, tenaga & emosi. Malah, sesetengah individu memulakan bisnes dengan modal yang dipinjam. Bila bisnes tak menjadi, hutang pula tak dapat nak bayar balik, sehingga putus hubungan. Lebih teruk, ada yang dikejar Ah Long !

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan sebab-sebab utama Al Fateh dapat melahirkan usahawan yang berpendapatan 5 angka sebulan dengan berkesan.

Punca-punca gagal jana pendapatan 5 angka…

Antara punca ramai orang masih belum berjaya  menjana pendapatan yang boleh dibanggakan daripada bisnes yang diceburi ialah tidak mempunyai target yang jelas. Malah dalaman mereka belum betul-betul bersedia untuk berjaya… Tanda-tandanya ialah tidak berusaha untuk tambah ilmu, selesa dengan keadaan sekarang tanpa cuba untuk buat perubahan & mudah putus asa !

Sebab-sebab Usahawan Al Fateh Boleh Berjaya

1) Big Why

Apa itu Big Why? Big Why ialah ‘sebab utama’ kenapa anda perlu berjaya. Atau maksud lainnya ialah ‘Burning Desire’ .

Dengan ada Big Why yang jelas anda tahu kenapa anda perlu berjaya dan anda juga tahu sekiranya anda tidak berjaya apa yang sebaliknya akan berlaku.

Dalam satu kajian yang dibuat oleh Daniel H. Pink. Beliau ada menyatakan bahawa pekerja akan mempunyai motivasi kerja yang sangat tinggi jika mereka tahu, faham dan menghayati Big Why atau Tujuan di syarikat mereka bekerja.

2) Jurus Kuasa Bayangan

Setiap usahawan yang berjaya mesti ada sebab untuk berjaya. Kejayaan akan datang bila kita selalu membayangkan kejayaan dan rasainya seperti telah berlaku. Ini yang ialah jurus kuasa bayangan.

Caranya mudah sahaja , sediakan satu kad manila , kemudian tulis impian anda secara spesifik . ( boleh rujuk gambar)

Contohnya : Pada Disember 2018 ini saya pergi umrah pakej VIP bersama ibu bapa tercinta.

3) Beri 100% Komitmen

Beri 100% komitmen menunjukkan kita serius dan rasa bertanggungjawab dengan bisnes kita. Pepatah arab ada mengatakan “Man Jadda Wajada”, iaitu barangsiapa yang bersungguh-sungguh pasti akan mendapatkan hasil. Usahawan Al Fateh tahu apa Big Why dengan jelas dan mereka bersungguh-sungguh untuk capai impian yang ada di Vision Board mereka.

Letakkan bisnes sebagai keutamaan kita dan tumpukan aktiviti bisnes yang beri keuntungan kepada kita.

Peluang , ruang dan 100% komitmen maka hasilnya…

“…Betapa beruntung diketemukan peluang dan ruang yang tepat.

Syukur. Itu je yang KakOnie ucapkan setiap hari bila kegusaran tentang masalah kewangan terlerai sudah dengan bisnes gula2 ni.

Hasil darinya KakOnie dapat buat simpanan, belikan telefon baru untuk abah, belanja anak2 dan suami macam2 dah.

Ilmu bisnes paling banyak KakOnie dapat. Ilmu yang takkan pernah berhenti. Akan digali dan terus gali sampai mati.

Alhamdulillah..syukur…” – Kak Onie , Cheras.

4) Pandai Urus Masa

Setiap manusia ada masa yang sama 24 jam. Masa ialah makhluk Allah swt yang Allah SWT bersumpah dalam Surah Al-Asr (Demi masa) .

Untuk jadi usahawan yang berjaya kita perlu pandai menguruskan masa. Senaraikan segala aktivit harian kita. Asingkan aktiviti kita kepada sangat penting , penting , kurang penting dan tidak penting.

Dengan cara ini kita akan dapat kenal pasti waktu kita yang terluang dan kita hendaklah berdisiplin mematuhi jadual kerja yang telah kita sediakan.

5) Konsisten Kongsi Rezeki

Rezeki kita sememangnya sudah ditetapkan oleh Allah swt. Rezeki kita tidak pernah tersilap alamat dan tidak akan tertukar.

Salah seorang stokis Al Fateh berkongsi rahsia jualannya 5 angka sebulan. Rahsianya ialah berkongsi rezeki. Bila mana ada pelanggan mahukan Al Fateh Junior , beliau akan serahkan terus kepada ejen beliau.

Kesannya, ejen di bawah beliau mudah buat jualan dan cepat restock semula dengan beliau.

6) Support Training Dari HQ

Tidak dapat dinafikan , sokongan dari HQ juga menjadi faktor usahawan di bawah mereka boleh berjaya.

Seperti contoh , HQ Al Fateh sentiasa memberi support dari segi digital marketing , branding di TV , Billboard dan online dan sentiasa membuat kelas dan seminar untuk ejen dan stokis.

Dengan cara ini , ejen dan stokis lebih bersemangat dan lebih berilmu dalam menjalankan bisnes Al Fateh.

7) Branding Besar-Besaran Di TV & Billboard

Sesuatu produk akan mudah dijual jika jenama sudah dikenali dan sering kali muncul di kaca televisyen atau di billboard. Kepercayaan prospek juga akan bertambah bila mana sesuatu produk atau jenama sering diperkatakan setiap hari. HQ yang sudah membuat pemasaran secara besar-besaran sama ada di televisyen , billboard , online dan offline akan memudahkan ejen dan stokis untuk membuat jualan.

Sebab itulah , usahawan Al Fateh boleh mencapai pendapatan sehingga 5 angka sebulan.


Dalam post ini anda telah mengetahui rahsia kejayaan usahawan Al Fateh capai pendapatan 5 angka sebulan.

Kejayaan sesuatu yang mahal dan tak semua orang boleh berjaya. Jadi nak berjaya , tirulah langkah orang yang berjaya dengan smart.

Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca artikel kami. Jangan lupa untuk share post ini supaya dapat memberi penyelesaian kepada orang lain yang mengalami masalah sama. Jika anda belum like page Al Fateh Junior HQ, mohon like supaya tidak ketinggalan info-info update dari kami.

Leave a Reply