fbpx
Aktiviti Al FatehFeatured

A Bit With Ebit Musim Kedua – Rancangan Bual Bicara Santai Bersama Ustaz Ebit Lew

By August 1, 2019 No Comments
A Bit With Ebit Musim ke dua 2019

Berikutan kejayaan rancangan A Bit With Ebit musim pertama , Tv Al Hijrah sekali lagi meneruskan program yang sangat bermanfaat untuk musim yang kedua.

USLUB dakwah bermaksud metodologi berdakwah dengan menggunakan pelbagai pendekatan dalam usaha menarik golongan yang diseru kepada Islam. Islam ialah agama yang sempurna sebagai suatu cara hidup yang selaras dengan fitrah manusia.

Pastinya pendekatan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew adalah lebih baik.

Program A Bit With Ebit di TV Alhijrah dibawa khas oleh Al Fateh Junior merupakan sebuah program bual bicara yang membicarakan topik-topik terkini dan menampilkan tetamu-tetamu undangan dari pelbagai bidang secara santai dan bersahaja.

ALLAH SWT menurunkan agama Islam kepada Nabi Muhammad SAW untuk Baginda menyampaikannya pula kepada seluruh umat manusia.

Perkongsian Ustaz Ebit, yang terkenal dengan tagline ‘ALLAH Sayang kita’ kali ini sangat merumtum jiwa bukan sahaja kepada ustaz sendiri tapi keseluruhan dewan yang mendengarkannya.

Menerusi rancangan ini, pengacara tidak asing lagi Bersama Ustaz Ebit adalah Amin Idris. Antara tetamu undangan Musim kedua kali ini adalah, Erra Fazira, Adam Corrie, Altimet, Elfira Loy, Yana Samsudin, Fynn Jamal, Mat Dan, Yat Hamzah, Heliza Helmi, Bengah & Cik Pia.

Rancangan A Bit With Ebit akan bersiaran setiap hari Jumaat 9.00 malam dan ulangan Ahad 5.00 petang di TV Alhijrah.

 

Rancangan ini boleh ditonton secara live di Saluran Rasmi Youtube Al Fateh –> http://nak.la/YoutubeAlFatehJuniorHQ

Jangan lupa subscribe Channel Al Fateh ya :  http://nak.la/YoutubeAlFatehJuniorHQ

 

#abwemusim2 #alfatehjunior # #ABitWithEbit  #TVAlhijrah #alfatehHQ #anakberjayakeluargabahagia

Leave a Reply