Al FatehFeatured

Bagaimana Al Fateh Bermula

By January 6, 2019 January 30th, 2019 No Comments

Mengimbau bagaimana tercetusnya idea untuk menghasilkan produk suplemen khas untuk kanak-kanak jenama Al Fateh itu adalah kerana anak sulungnya.

“Anak sulung saya, Muhammad Al Fateh sangat suka makan gula-gula hingga terkena infeksi pada paru-paru, seolah-olah terkena asma sedangkan dia tidak ada penyakit itu. Bila berjumpa doktor, perkara pertama yang doktor tanya adakah dia suka makan gula-gula. Serta-merta doktor menasihati kami untuk hentikan pengambilan gula-gula pada anak kami.

“Selepas itu saya dan isteri tercari-cari suplemen untuk menggantikan gula-gula tapi tak ada yang memenuhi seleranya. Akhirnya saya membuat kajian berkaitan makanan sunnah dan cuba untuk menghasilkan suplemen untuk kanak-kanak dalam bentuk gula-gula yang digemari kanak-kanak dengan menggunakan makanan tersebut.

Setelah melalui beberapa peringkat, akhirnta terhasillah suplemen Al Fateh Junior yang dahulunya dikenali sebagai Al Fateh Genius. Rasanya yang sedap dan boleh dikunyah seperti gula-gula, disukai kanak-kanak. Saya perasan keberkesanan produk ini menerusi anak saya sendiri yang tiba-tiba daoat menghafal doa naik kenderaan yang agak panjang sedangkan kami tak pernah ajar dia menghafal.

Ketika itu, kami hanya memberinya suplemen Al Fateh Junior sahaja dan ini meyakinkan kami bahawa produk kami ini mampu menyokong perkembangan minda kanak-kanak dengan khasiat setiap bahan yang terkandung di dalamnya. Antara bahan yang terkandung di dalam suplemen Al Fateh Junior ialah madu, zaafaran, gam arab, delima, kismis atau buah anggur yang dikeringkan seudah tersedia terkenal dengan jolokan sebagai makanan minda.

“Selepas itu saya menggunakan produk Al Fateh Gold yang juga dalam bentuk gula-gula menggunakan bahan-bahan yang lebih premium untuk orang dewasa dan warga emas. Vitamin dewasa Al Fateh Gold adalah gula-gula yang menawarkan pelbagai khasiat dan kebaikan untuk badan,” tambah Ariff.Mingguan Wanita, keluaran Mei 2018.

Leave a Reply