Bagaimana Bermulanya Gula-Gula Al Fateh Junior ni?

Assalamualaikum WBT, terima kasih atas doa, kepercayaan dan sokongan yang kami terima di dalam industri pemakanan ini.

Mengimbau bagaimana tercetusnya idea untuk menghasilkan produk tambahan “SuperFood” untuk kanak-kanak jenama Al Fateh adalah kerana anak sulung.

“Anak sulung Pengarah Syarikat Al Fateh Alami Sdn Bhd, Muhammad Al Fateh sangat sukakan makan gula-gula manisan hingga terkena infeksi pada paru-paru, seolah-olah terkena asma sedangkan dia tidak ada penyakit berkenaan. Apabila berjumpa doktor, perkara pertama yang doktor tanya “adakah dia suka makan gula-gula”? dan serta merta doktor menasihati untuk hentikan pengambilan gula-gula makanan.

Ariff Subri | Pengarah Urusan Al Fateh Alami Sdn Bhd

Selepas perkara ini terjadi, secara tidak sengaja dan ilham tercipta seorang anak sukakan makan gula-gula digantikan kepada makan berbentuk gula-gula yang berkhasiat. Tercetusnya idea ini, kami mula terus membuat kajian berkenaan makanan sunnah dan cuba untuk menghasilkan makanan tambahan “Super Food” untuk kanak-kanak dalam bentuk gula-gula yang digemari kanak-kanak.

Disamping bidadari Puan Ummi dan anak-anak. Nampak tak Fateh?
Akhirnya, terhasillah makanan tambahan Al Fateh Junior. Rasa yang sedap dan boleh dikunyah seperti gula-gula serta disukai kanak-kanak. Keberkesanan produk ini menerusi anak Pengarah sendiri tiba-tiba dapat menghafal doa nak kenderaan sedangkan tidak pernah ajar untuk menghafal. Hanya memberikannya makanan tambahan Al Fateh Junior sahaja dan ini menyakinkan bahawa produk ini mampu menyokong perkembangan minda kanak-kanak dengan khasiat setiap bahan yang terkandung di dalamnya.”
Antara bahan yang terkandung di dalam makanan tambahan Al Fateh Junior ialah madu, saffron, gam arab, delima, dan kismis dengan jolokan sebagai makanan minda. Tercetusnya produk khusus pada kanak-kanak, lahir produk kedua iaitu produk premium yang khusus pada orang dewasa iaitu Al Fateh Gold.
Perkembangan positif pada pasaran tempatan sejak 4 tahun ini telah memberi indikasi baik terhadap syarikat Al Fateh Alami Sdn Bhd untuk melebarkan sayap, selari dengan Visi dan Misi syarikat. Kami optimis untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pengguna setia Al Fateh bagi melahirkan dan membantu anak-anak diluar sana.