fbpx
Featured

Kemerdekaan Sebenar, Lahir Dari Jiwa Dan Minda

By September 5, 2019 September 13th, 2019 No Comments

Mengimbau nostalgia merdeka dahulu kala sewaktu 31 ogos 1957, Tunku Abdu Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama melaungkan ungkapan merdeka sebanyak 3 kali, cukup gah dengan gaya buku lima tangan kanan yang digenggam padu melonjak ke atas. Bertahun-tahun sudah berlalu… Sehinggalah negara kita era kini, sudah berjaya mencapai kemajuan dan kemakmuran yang dibanggakan.

 

Ya, kini kita bangga. Malaysia sudah merdeka. Malaysia berjaya menguruskan negara ini dnegan kerajaan sendiri, bebas daripada penjajah asing. Semua rakyat sememangnya merasa tenang dan tenteram apabila tanah air sendiri, bebas daripada sebarang bentuk penjajahan. Kemerdekaan dianggap kejayaan besar sesebuah negara di dunia! Itu ialah tanda kebebasan daripada penjajahan luar. Benar! Namun, pengertiaan kemerdekaan amat luas dan bukan hanya sekadar pembebasan sesebuah negara terhadap penjajahan asing sahaja.

 

Berteraskan nilai merdeka dalam Islam, Islam bersandarkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah telah hadir di dunia ini secara menyeluruh untuk membebaskan manusia daripada cengkaman kekufuran kepada akidah islam dan membebaskan manusia daripada sistem jahiliah kepada sistem dan nilai Islam.

 

Merenung seketika…Adakah diri kita sendiri ini sudah merdeka? Merdeka dari rasa takut, rasa tidak percaya, rasa tidak yakin, rasa tidak boleh, rasa susah, rasa gagal! Semuanya perasaan negatif! Sikap-sikap enteng yang memusnahkan jiwa, merosakkan minda dan menghapus impian nyata seperti ini lah yang harus dimerdekakan segera…

Hiraukan segala prasangka  negatif yang melemahkan jiwa dan minda kita! Bebaskan sikap negatif daripada jasad tubuh kita! Jika tidak, kita akan berada dalam zon yang melemahkan diri sendiri sedangkan kebaikan dan kejayaan menanti kita di hadapan.

Sebenarnya, nilai merdeka yang sebenar ialah dari jiwa dan minda. Usah melihat perbandingan pada orang lain lagi, lihat pada diri kita dahulu… Kita perlu sentiasa yakin, berani dan percaya  akan kemampuan diri kita untuk menggapai kejayaan dalam apa yang kita ingin lakukan tidak kira kita sebagai pelajar yang mahu kejayaan cemerlang, pekerja yang mahukan peningkatan pangkat atau usahawan yang ingin menerpa kejayaan dalam perniagaan yang dijalankan.

 

Penting untuk kita membuang perkara negatif, pasakkan perkara positif dalam diri, tidak takut berbuat kesilapan dan berani mencuba sesuatu untuk mencipta kejayaan pada hari esok dan akan datang.

 

Banyak kisah kejayaan yang boleh disifatkan sebagai mempunyai mentaliti jiwa dan minda yang merdeka. Antara yang boleh dikongsikan ialah bagaimana usahawan tempatan, Ariff Subri iaitu pengasas Al-Fateh Junior, pengasas sebuah produk makanan tambahan berbentuk pastil dan gula-gula untuk kanak-kanak dan dewasa yang dahulunya pernah dibuang kerja dan mempunyai masalah sara hidup, akhirnya bangkit dengan sikap positif dan berani untuk mengubah kehidupan dengan jalan perniagaan yang menyaksikan keputusan menjalankan perniagaan ialah paling tepat meskipun tidak memiliki pengalaman dalam perniagaan. Kini, kejayaan jenama AL-Fateh sudah terpapar di kaca Televisyen, beratus pengedar dan stokis dari dalam dan luar negara serta mendapat respon yang menggalakkan oleh masyarakat mengenai khasiat makanan tambahan keluaran Al-Fateh Junior yang membantu perkembangan minda dan tubuh badan yang sihat.

 

Kini, beliau perlu menadah tangan kesyukuran kerana dapat membantu ramai masyarakat tempatan untuk menjana pendapatan hanya dari rumah sahaja. Ada yang ibu tunggal dan ada juga yang kelainan upaya. Mereka sebagai pengedar, agen dan stokis di bawah platform Al-Fateh telah menggapai kejayaan dalam perniagaan dengan menjana keuntungan lima angka sebulan.

 

Tiada apa rahsia kejayaan Ariff Subri ini, melainkan keazaman, matlamat, sikap positif dan berani untuk mencuba melakukan sesuatu yang baru dalam hidup demi memajukan diri dan memberi manfaat kepada orang lain melalui platform perniagaan. Sudah pasti pelbagai cabaran yang ditempuhi beliau untuk menggapai kejayaan namun, onak duri cabaran dilalui dengan jiwa dan minda yang merdeka.

 

Ini membuktikan bahawa, apabila kita mempuyai matlamat yang jelas, keazaman untuk memajukan diri kita dengan semangat positif dan keyakinan yang tinggi, kita akan mara sejauh mana yang kita mahukan.

 

Justeru, merdekakanlah diri kita daripada dibelenggu bisikan negatif yang melemahkan diri. Ayuh, kita merdeka jiwa dan minda! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Leave a Reply