fbpx
Tips Kanak-Kanak BijakTips Keibubapaan

Pintu Kecerdasan Minda Perlu Dibuka Dari Rumah

By September 5, 2019 September 13th, 2019 No Comments

Otak yang cerdas bergantung pada tubuh badan yang sihat. Otak merupakan anggota badan yang paling penting untuk mengawal gerak-geri kehidupan seharian kita. Justeru, kecerdasan otak harus dititikberatkan sejak umur kanak-kanak hinggalah dewasa.

 

Lihatlah pada sosok tubuh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Muhammad. Beliau sudah pun menjangkau umur 94 tahun. Namun, beliau masih tetap bersemangat dan dilihat sihat dan cerdas dalam melaksanakan tugas-tugas negara. Sudah pasti gaya hidup dan pemakanan yang sihat menjadi faktor utama untuk beliau kekal bertenaga dan bernas buah fikirannya seperti hari ini. Ini dibuktikan melalui pengakuan dirinya yang sentiasa membaca buku, menulis dan menjaga pemakanan seimbang setiap hari. Justeru, kita semua boleh mengambil tauladan dan berusaha untuk mengamalkan gaya hidup yang memberikan kecerdasan minda dan kesihatan tubuh badan sepanjang kehidupan seharian kita.

 

Kecerdasan minda sememangnya terkait dengan gaya hidup dan pemakanan. Tidak kira di usia kanak-kanak ataupun dewasa, gaya hidup kita bermula dari rumah. Seharusnya, pintu kecerdasan dan kecergasan perlu dibuka dari rumah. Jadi, bagaimana caranya dan apa kuncinya? Berikut merupakan kunci-kunci untuk membuka pintu kecerdasan minda dalam kehidupan :

 

Mengaji dan mengkaji Al-Quran

Al-Quran ialah modul dan panduan untuk sesiapa sahaja yang bergelar manusia di muka bumi ini. Kita harus rajin membaca dan memahami Al-Quran dengan maknanya serta menghafal surah-surah untuk dibaca ketika dalam solat. Buat semampu kita. Dengan menghayati dan menghafal ayat-ayat Al-Quran, otak kita akan menjadi cerdas. Apabila kita sering membaca Al- Quran, menghayati serta menghafalnya, ia akan menjadikan fikiran dan ingatan kita lebih tajam daripada kebiasaannya. Allah memelihara Al-Quran. Jika kita memelihara Al-Quran? Fikir-fikirkanlah…

 

Mencatat Nota

Amalan mencatat nota setiap perkara yang kita pelajari adalah amalan yang berkesan untuk membantu menguatkan ingatan otak. Zaman sekarang yang penuh dengan kecanggihan teknologi, lebih memudahkan kita untuk mencatat perkara yang kita dengar, baca atau lihat. Terpulang kepada kita untuk mencatat pada buku kecil atau menaip nota menggunakan telefon pintar. Amalan mencatat ini sering saya lakukan setiap kali saya belajar dan ianya amat membantu menguatkan ingatan dan mudah untuk kita membuat rujukan terhadap apa yang dipelajari. Tak semua yang kita dengar dan lihat, kita ingat, kan? Mengimbau tauladan daripada tokoh ilmuwan Islam seperti Imam Shafie, beliau juga mengamalkan budaya menulis nota setelah mendengar kuliah dari gurunya. Beliau akan menulis nota di sebelah tapak tangan kiri, kemudian beliau berupaya mengingat semula segala yang dicatatkan di tapak tangannya itu. Selain itu, ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak untuk mencatat bermula dari rumah. Satu kajian ke atas kanak-kanak yang suka melukis tentang perkara baru yang dipelajari mendapati bahawa kanak-kanak ini berjaya mendapat markah tinggi dalam peperiksaan.

 

Senaman dan riadah

Minda yang cerdas sememangnya bergantung pada tubuh badan yang sihat. Justeru, dengan melakukan aktiviti senaman dan riadah di kawasan rumah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu atau 30 minit sehari, ia akan memberi manfaat pada kesihatan tubuh badan dan membantu mencegah pelbagai jenis penyakit. Melakukan senaman dan riadah seperti berjoging, berbasikal atau apa jua sukan yang diminati dapat memberikan kebaikan seperti:

– Mengeluarkan Brain Drive Neurotrophic Factor (BDNF) yang meningkatkan fungsi pembelajaran.

– Meluaskan pusat ingatan.

– Melancarkan pengaliran darah pada otak.

– Menambah sel-sel neuron, menguatkan sambungan neuron dan mencegah kerosakan neuron.

Tidur yang cukup

Berapa jam yang kita perlukan untuk mendapatkan waktu tidur yang cukup? Kebiasaannya ialah antara lima hingga tujuh jam setiap malam. Dengan menjaga waktu tidur, kita dapat menguatkan sambungan saraf synapse dan seterusnya membantu meningkatkan proses pembelajaran dan daya ingatan.

Kajian terhadap kanak-kanak mendapati bahawa, selepas kanak-kanak tidur sewaktu pagi hari, menunjukkan ketajaman otak meningkat manakala untuk orang dewasa pula, jika tidur seketika pada waktu pagi atau tengah hari yang dipanggil power nap, ia dapat meningkatkan daya fungsi otak.

Amalan pemakanan berkhasiat untuk minda

Diri kita ialah apa yang kita makan. Makanan terkait dalam menjamin kesihatan minda dan tubuh badan. Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kismis, kurma, safron dan delima yang mengandungi nutrien untuk sel-sel otak, membantu perkembangan minda dan kesihatan tubuh badan. Zaman kini, untuk mendapatkan makanan yang membantu perkembangan minda dan menjamin kesihatan untuk tubuh badan yang tidak mengira usia, tidak sesukar mana. Pengambilan makanan tambahan yang boleh diberikan kepada kanak-kanak oleh ibu bapa seperti makanan tambahan Al-Fateh Junior yang mengandungi pelbagai jenis elemen makanan minda seperti kandungan madu, safron, gam arab, delima dan kismis amat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia berbentuk pastil dan seperti gula-gula yang mudah dikunyah dengan rasa yang sedap.

Bagi golongan dewasa dan warga emas pula, bolehlah mengamalkan makanan tambahan Al-Fateh Gold yang mengandungi kandungan khasiat luban dan vitamin. Al-Fateh Gold juga berbentuk pastil gula-gula yang mudah dikunyah dan mengandungi pelbagai khasiat  untuk menjamin kesihatan minda dan tubuh badan.

Usaha menjaga pemakanan untuk menyihatkan minda dan tubuh badan ini dapat memberikan kecerdasan dan kesihatan yang optimum sepanjang hari. Moga kita semua dapat menjalani kehidupan seharian berteraskan minda yang cerdas dan tubuh badan yang sihat agar kita dapat melakukan lebih banyak perkara bermanfaat untuk kepentingan semua. Minda yang cerdas dan tubuh badan yang kuat bergantung pada amalan gaya hidup sihat.

 

Leave a Reply