Al FatehKisah InspirasiPengedar

Temuramah Bersama Kak Ty

By January 8, 2019 March 13th, 2019 No Comments

Kak Ty @ Norhayati Yahya

Khalifah Al Fateh Negeri Sembilan

Soalan : Bagaimana Kak Ty bermula dengan Al Fateh?

Kak Ty   : Saya bermula pada penghujung bulan 10 2017 sebagai pengguna Al Fateh. Setelah mencuba selama 3 hari , alhamdulillah dah nampak kesan positif kebaikan Al Fateh. Jadi pada 7 November 2017 saya bermula dengan menjadi ejen Al Fateh. Setelah serasi berkongsi kebaikan produk Al Fateh, pada bulan 12 tahun 2017. Saya tekad memilih untuk terus menjadi stokis Al Fateh.

Soalan : Apakah perbezaan selepas join Al Fateh?

Kak Ty  :Saya seorang ibu tunggal 4 orang anak, dah setahun lebih suami meninggal. Saya bangkit lepas hilang tempat bergantung dan sumber pendapatan. Al Fateh menjadi asbab perubahan saya.

Soalan : Apakah Big Why yang mendorong anda untuk buat bisnes ?

Kak Ty   :Big Why saya adalah anak-anak. Sebab anak-anak saya sanggup redah ,terjah , sanggup terima dugaan dan cabaran. Big Why inilah yang banyak bagi kekuatan dan semangat kepada saya.

Soalan : Apakah cabaran sebelum sertai bisnes Al Fateh?

Kak Ty   : Arwah suami meninggal dan income tak tetap. Saya ambil peluang buat bisnes utk peluang yang lebih baik.

Soalan : Mengapa pilih Al Fateh sebagai platform?

Kak Ty   :Mula sebagai pengguna untuk 3 hari dah dapat kesan dan terus bersemangat. Marketing HQ memang power,online , offline, majalah , tv dan billboard nampak HQ bersungguh-sungguh untuk bantu rakan niaganya. Jadi saya ambil peluang ini untuk branding diri saya. Saya berazam untuk jadi jutawan 2019. insyaallah.

Leave a Reply