fbpx
Cara Berniaga Dari RumahKisah Inspirasi Usahawan

Kisah Kejayaan Ustaz Suhail Al-Yamanie (Stokis Al Fateh Junior)

By January 7, 2019 May 22nd, 2019 No Comments

Ustaz Suhail Al-Yamanie

Soalan : Bagaimana anda bermula dengan Al Fateh ?

Ustaz Suhail      : Assalamualaikum wbt, nama saya Suhail Bin Jamaludin Al Yamani , Stokis Al Fateh Hulu Langat. Alhamdulillah saya bermula dengan Al Fateh sebagai pembeli, saya mula beli Al Fateh Gold. Kemudian bila nampak ada kesan, saya terus jadi dropship.

Tapi bila mula tengok iklan kali pertama kali kedua permintaannya tinggi, jadi saya terus jadi ejen. Saya bermula dengan stokis dengan Pak Abu Ust Abu Bakar.

Soalan : Apakah perbezaan lepas join Al Fateh?

Ustaz Suhail       : Perbezaan , alhamdulillah dari segi kewangan nampak ada lebihan berbelanja, duit simpanan bertambah. Saya ada buat tabung khas untuk belanja. Dan dari segi kesihatan ,alhamdulillah badan semakin sihat dan cergas.

Dan saya suka bila dapat bantu ramai orang, dan banyak testimoni , feedback yang positif yang saya dapat dengan Al Fateh.

Soalan : Apakah Big Why Ustaz?

Ustaz Suhail      : Big why saya dengan Al Fateh adalah mak ayah dan isteri. Mak ayah , mereka dah susah payah ketika kecil, mereka bagi yang terbaik. Saya dari keluarga yang susah. Ayah tak pernah ada first car. Hanya ada kereta second, banyak kali rosak, tak sampai setahun tukar dan kadang tu tak sampai sebulan dah rosak.

Jadi dari situ , saya nak buktikan dengan perniagaan Al Fateh saya boleh bagi kereta bmw kat ayah. Dan saya harap dapat bawa mereka pergi haji dan umrah bersama.

Sebab kedua sebab isteri. Kami dah 6 tahun berkahwin belum dikurniakan zuriat. Jadi dengan duit bisnes Al Fateh. Saya menabung untuk kos rawatan untuk isteri, doakan semoga kami dikurniakan zuriat, insyaallah.

Soalan : Apakah cabaran sebelum menyertai bisnes Al Fateh ?

Ustaz Suhail        : Mulanya agak skeptikal dan macam2 anggapan ,boleh ke nak pergi lebih jauh? Sebab saya pernah ceburi bisnes lain, tapi bila saya masuk dalam Al Fateh. Saya tengok sistemnya, ahlinya sangat sporting dan tolong-menolong. Jadi di situ saya ada kekuatan, dari bulan 12 sampai sekarang momentum terus dan terus maju.

Soalan : Kenapa pilih Al Fateh sebagai platform ?

Ustaz Suhail        : Saya pilih Al Fateh kerana sangat sesuai dengan apa yang saya ada. Saya ada tahfiz, pelajar2 menghafal al quran .mereka memerlukan makanan sunnah untuk support minda dan tenaga. Mereka perlukan kekuatan dan kecerdasan dalam menghafal al quran. Jadi saya buat Al Fateh kerana sesuai dengan apa yang saya ada.

Al Fateh termasuk dalam big why saya. Apa yang saya inginkan ialah untuk memyebarkan kebaikan makanan sunnah ke pelajar-pelajar di madrasah lain. Dalam afj ada 6 makanan sunnah, antaranya saafron ,madu yang merangsangkan kecerdasan minda. Dan untuk ibu bapa juga boleh amalkan Al Fateh Gold yang dirumus khas utk orang dewasa.

Saya harap perniagaan ini dapat membantu lebih ramai lagi dari segi ekonomi dan kesihatan , insyaallah.

Leave a Reply