fbpx
Tips Keibubapaan

Terma Dan Syarat Anak Cemerlang

By September 5, 2019 September 13th, 2019 No Comments

Anak-anak ibarat sehelai kain, ibu bapa yang mencorakkannya. Setuju? Ya, kata – kata ini memang benar. Seawal anak kecil berusia 1 tahun, tiada apa yang mereka tahu melainkan di atas tindak tanduk dan keprihatinan ibu dan bapa atau penjaganya yang seolah-olah menjadi pengarah dalam filem kehidupan seharian.

 

Amat penting untuk ibu bapa mempunyai resepi dan ramuan yang berkesan dalam mencorakkan kehidupan anak-anak sejak awal usianya dan di bangku sekolah lagi untuk menjamin masa hadapan yang cerah.

 

Anak-anak sejak di bangku sekolah rendah bermula pada usia tujuh tahun iaitu darjah satu, akan mempelajari pelbagai perkara di sekolahnya dan juga bergaul dengan rakan-rakan daripada latar belakang dan ragam yang berbeza-beza. Oleh itu, satu tanggungjawab besar untuk ibu bapa memastikan anak-anak dapat dididik dengan baik daripada pelbagai aspek dalam kehidupan dengan berteraskan nilai Islam agar anak-anak menjadikan sikap terpuji sebagai bekalan yang akan dibawa ke mana-mana yang dituju.

 

Selalunya, kita akan mendengar orang sekeliling atau guru-guru akan berkata begini :

“Bagusnya budak ini, mesti baik cara mak dan ayahnya mendidik di rumah”

Tetapi, jika sebaliknya…

“Tiada adab budak ini, mesti mak dengan ayah tak mengajar kat rumah”

 

Maknanya, sikap dan perlakuan anak-anak di rumah yang dibawa ke sekolah sekaligus telah membawa imej ibu bapa atau penjaganya. Justeru, ibu bapa dan penjaga perlu menyemai dan menyuburkan nilai peribadi yang positif dengan gaya hidup yang bermanfaat untuk memastikan anak-anak menjadi murid yang cemerlang daripada segi sahsiah dan akademik sekaligus menampilkan suatu gambaran sebuah famili terpuji.

 

Untuk kebaikan anak-anak dalam kehidupan, ibu bapa dan penjaga perlu memainkan peranan penting yang menjadi terma dan syarat untuk anak-anak menjadi cemerlang. Bagi memastikan anak-anak menjadi murid yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah dalam kehidupan, ibu bapa perlu menggalas tugas menjadi perancang utama untuk menyusun atur kehidupan anak-anak sejak kecil dengan didikan seperti ini:

Ajari anak kenal agama

Tunjukkan tauladan kita sebagai ibu bapa kepada anak-anak tentang kehidupan sebagai seorang muslim yang baik. Ajar anak anda tentang konsep hidup bertuhan dengan ketauhidan kepada Allah, sayangi Rasulullah serta kasih kepada ibu bapa dan hormati masyarakat. Iman dahulu baru Islam. Ajar anak anda sejak kecil menghayati Al-Quran dan ibadah solat yang menjadi tiang agama.

Firman Allah dalam surah Taha, ayat 132 yang bermaksud:

“Dan perintahkanlah ahli keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu di atas kesukaran-kesukaran yang kamu hadapi”

Sabda Rasulullah SAW:

“Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, dan pukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Moga anak-anak akan terdidik berteraskan nilai Islam, seterusnya menjadi anak yang soleh dan solehah yang cemerlang.

 

Pujian yang sejajar

Ibu bapa perlu meringankan mulut untuk sentiasa ikhlas memuji dengan kebaikan kepada anak-anak setiap kali anak-anak dapat melakukan sesuatu yang baik, seperti sudah mula pandai membaca, pandai mengaji dan mendapat markah yang baik dalam peperiksaan di sekolah. Anak-anak walaupun masih kecil, mereka akan berasa diri mereka dihargai, berasa lebih bersemangat untuk membuat kebaikan dan menghasilkan kejayaan disebabkan pujian ibu bapa yang ikhlas terhadap mereka.

 

Belajar dan mengajar bersama anak-anak

Guru mengajar di sekolah. Di rumah? Ibu bapa lah berperanan untuk turut mengambil berat tentang hal ehwal anak-anak di sekolah dengan turut meluangkan masa untuk belajar dan mengajar bersama-sama dengan anak-anak. Ibu bapa juga perlu  menyemak buku-buku sekolah agar anak merasakan diri mereka diberi perhatian oleh ibu bapa. Anak-anak juga akan lebih seronok jika kita bersama-sama dengan mereka melakukan aktiviti seperti mengeja huruf, mengaji, mengira, bermain teka-teki dan bersoal jawab di samping ibu bapa memperbetulkan kesalahan anak-anaknya sewaktu belajar di rumah.

 

Galak anak berdikari

Sesekali, ibu dan ayah perlu melatih anak-anak untuk membuat perkara secara sendirian di rumah ataupun di luar seperti mengambil makanan secara sendiri dan membeli makanan di kedai secara sendiri sambil dipantau oleh ibu bapa. Anak-anak akan terlihat berdikari, berani dan berkeyakinan diri meskipun tiada ibu bapa di sisi. Ini akan mematangkan anak-anak.

 

Pantau pemakanan harian

Anak-anak suka makan makanan ringan. Betul? Bukan tak boleh, tetapi ibu bapa perlu pantau pemakanan anak-anak agar mereka menikmati makanan dan minuman yang berkhasiat untuk tubuh badan dan minda. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya kan? Jadi, bermula dari rumah lagi, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mengamalkan pemakanan mengikut piramid makanan seimbang yang disyorkan Kementerian Kesihatan Malaysia agar anak-anak memperolehi nutrien yang mencukupi seperti karbohidrat, protein, serat dan vitamin untuk tubuh badan yang sihat.

Untuk kecerdasan minda anak-anak, terdapat pelbagai jenis makanan minda yang boleh diamalkan seperti makan kismis, madu, safron, gam arab dan delima. Untuk memudahkan anak-anak mempunyai minda yang cerdas, anak-anak perlu diberikan juga elemen makanan yang membantu menguatkan minda. Ibu bapa boleh mendapatkan makanan tambahan yang mengandungi elemen makanan minda untuk membantu perkembangan minda dan kesihatan tubuh seperti yang terdapat di pasaran iaitu makanan tambahan keluaran Al-Fateh Junior yang mengeluarkan produk berteraskan makanan minda berbentuk pastil seperti gula-gula sedap yang mudah dikunyah oleh kanak-kanak. Semoga dengan usaha ibu bapa untuk memastikan pemakanan anak-anak yang stabil, ianya dapat membantu meningkatkan perkembangan minda dan kesihatan tubuh anak-anak demi kecemerlangan yang diharapkan.

 

Tunjuk nilai sopan santun

Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak untuk berperilaku sopan ketika berdepan dengan khalayak ramai. Ajar anak-anak untuk mengucapkan salam dan bersalam-salaman ketika bertemu orang lain. Anak-anak akan menjadi peramah dan sentiasa dilihat sopan ketika berjumpa dengan pelbagai orang di sekelilingnya. Orang ramai juga akan menghormati ibu dan bapa kepada anak-anak yang sentiasa sopan santun dengan masyarakat sekeliling.

 

Pupuk sikap bermatlamat dengan ilmu dan semangat

Bermatlamat, berilmu dan bersemangat. Ya, tiga elemen ini penting untuk dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak agar mereka mengerti tentang nilai kehidupan dan sentiasa dahagakan kejayaan untuk membanggakan kedua ibu bapanya. Meskipun mereka masih kecil, Ibu bapa harus menyarankan anak-anak tentang kepentingan sebagai muslim sejati untuk mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup dengan rajin menuntut ilmu dan ianya akan mendatangkan semangat untuk anak-anak berbuat apa sahaja kebaikan demi mencapai kejayaan. Sekiranya anak-anak bermatlamat dan mempunyai ilmu serta didorong oleh semangat, kejayaan akan sentiasa hadir dalam kehidupan.

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply